Iklan

Keperitan hidup miskin bandar

Nazir Sufari7 years ago17th Nov 2017Foto
Urban poor1
Suriani menyidai pakaian yang kebanyakannya disumbangkan oleh badan-badan amal di rumahnya di Taman Batu Muda. Suriani juga menerima sumbangan lain termasuk barang dapur, lampin dan susu formula. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 November, 2017.
Iklan

SURIANI Aziera dan suaminya Mohd Fairus Yusof mempunyai enam orang anak dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM1,200 dan tinggal di Selangor, negeri terkaya di Malaysia.

Suri rumah dan pemandu lori itu, adalah antara hampir 50,000 miskin bandar yang mendapat bantuan dari badan-badan amal di Lembah Klang untuk meneruskan hidup. Mereka menerima RM400 dari zakat yang dikumpul oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang mengagihkan RM22.2 juta kepada 46,500 buah keluarga pada 2016, iaitu peningkatan sebanyak 2,207 daripada 44,393 keluarga yang berdaftar sebagai miskin bandar pada 2015.

Anak sulung Suriani telah berhenti sekolah untuk bekerja dan membantu menyara keluarga disebabkan anak-anaknya yang lain memerlukan RM2 sehari untuk belanja sekolah mereka.

Rumah yang melindungi keluarga tersebut menjadi pertikaian di antara keluarga Suriani, memaksa pasangan tersebut memohon untuk flat Dewan Bandaraya di Kuala Lumpur.

Walaupun hidup susah, Suriani selalu memberitahu anak-anaknya tentang pentingnya pendidikan, kerana baginya itu sahaja yang dapat mengeluarkan mereka dari kepompong kesusahan. – 17 November, 2017.

Iklan
Iklan