Iklan

Tugas sukar pekerja bantuan di Sabah 

Irwan Majid5 years ago3rd Apr 2020Foto
1
Pekerja bantuan yang menghantar bekalan makanan kepada perkampungan di pedalaman Penampang berdepan cabaran sukar kerana terpaksa menempuh laluan yang mencabar.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Abd Majid, 3 April, 2020.
Iklan

BAGI segelintir pekerja bantuan di Sabah, menghantar barangan makanan kepada mereka yang memerlukan bukanlah satu tugas yang mudah.

Ini kerana, terdapat pekerja bantuan yang ditugaskan untuk menghantar bekalan ke perkampungan di pendalaman Penampang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia mengambil masa selama tiga jam untuk mereka tiba di Kampung Moyog, Kampung Kongkusilad, Kampung Koliasan, Kampung Malapi, Kampung Mompoit, Kampung Kipandi, Kampung Lombiding dan Kampung Tadong-adong.

Semua bekalan makanan dan baragan itu terpaksa dipikul mereka kerana tiada akses kenderaan untuk ke perkampungan terlibat.

Malah keadaan lebih mencabar aoabila rumah penduduk dibina agak jauh antara satu sama lain dan hujan yang melanda pantai barat Sabah sejak dua hari lalu menjadikan laluan lebih bahaya dan licin.

Ramai penduduk di kawasan pedalaman Penampang tidak dapat ke pekan atau kedai runcit berhampiran susulan penguatkuasaan PKP. – 3 April, 2020.

Iklan
Iklan