Iklan

Menjahit demi perjuangan menentang Covid-19

Hasnoor Hussain5 years ago4th Apr 2020Foto
Covid 19 ppe 20200402 hasnoor 017
Pengasas Fana Couture, Azyliana Azam mencuba tudung PPE yang dihasilkan syarikatnya di Batu Caves, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 April, 2020.
Iklan

PANDEMIK Covid-19 menyebabkan masalah kekurangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan, terutama doktor dan jururawat.

Beberapa individu kemudian mengambil insiatif menawarkan perkhidmatan mereka untuk menjahitkan PPE.

Fana Couture, pengeluar pakaian Muslim, menjahit tudung pakai buang untuk petugas barisan hadapan.

Hospital seperti HKL dan KPJ menghantar bahan yang kemudiannya dijahit oleh pekerja Fana Couture untuk dijadikan tudung pakai buang.

Setakat ini, mereka menyiapkan 200 hingga 300 tudung pakai buang untuk kegunaan petugas barisan hadapan. – 4 April, 2020.

Iklan
Iklan