Iklan

Nikmati keindahan dari balkoni

Hasnoor Hussain5 years ago14th Apr 2020Foto
Covid-19 balcony 20200412 hasnoor 10
Dua wanita menikmati matahari terbenam dari balkoni di Setapak, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 April, 2020.
Iklan

SUSULAN perintah berkurung dilanjutkan hingga masuk fasa ketiga sekarang, dengan pakar kesihatan menggesa masyarakat mematuhi arahan bagi meratakan lengkung jangkitan koronavirus, rumah kini menjadi titik tumpu hampir segala aktiviti.

Rumah menjadi pejabat anda, dan juga gimnasium, restoran, pawagam dan juga kelab sosial.

Bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat dan dilengkapi balkoni, ia memberikan rasa tenang dan dapat menikmati suasana luar, selepas terkurung dan hilang kehidupan normal sepanjang perintah kawalan pergerakan.

Rakyat Malaysia perlu terus kekal berada di rumah, menikmati pemandangan hanya dari balkoni rumah bagi memastikan Covid-19 berakhir. – 14 April, 2020.

Iklan
Iklan