Iklan

Kehidupan di Pulau Gaya semasa PKP

Irwan Majid5 years ago20th Apr 2020Foto
Islanders034
Perjalan ke Pulau Gaya hanya mengambil masa kira-kira 10 minit dengan menaiki bot, yang terletaknya beberapa perkampungan air. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.
Iklan

PULAU Gaya mungkin merupakan taman laut tetapi ia juga merupakan kediaman bagi sejumlah besar pendatang asing tanpa izin dan setinggan.

Kampung Pondoh hanya 1.5km dan 10 minit perjalanan dengan menaiki bot dari bandar Kota Kinabalu tetapi kampung ini tidak mempunyai kemudahan dan infrastruktur asas di samping tahap kebersihan yang buruk.

Selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa pertama pada 18 Mac, penduduk di Pulau Gaya dilarang meninggalkan pulau atau memasuki bandar.

Hanya mereka yang terlibat dengan perkhidmatan penting dibenarkan memasuki Kota Kinabalu sepanjang tempoh PKP.

Walaupun diberi bantuan makanan, ia masih tidak mencukupi terutama untuk menampung keluarga yang besar. 

Penduduk kampung berharap agar pihak berkuasa dapat memperbaiki keadaan hidup mereka ketika negara giat menangani wabak Covid-19. – 20 April, 2020.

Iklan
Iklan