Iklan

Perjuangan Selangor memerangi Covid-19

Najjua Zulkefli5 years ago21st Apr 2020Foto
Covid-19 corona virus pandemic 18 01
Seorang kakitangan kesihatan bermandi peluh ketika menjalankan ujian terhadap pesakit semasa ujian saringan komuniti berskala besar untuk Covid-19 di Shah Alam, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.
Iklan

DOKTOR, jururawat dan kakitangan penjagaan kesihatan kini menjadi “pahlawan” Covid-19 termasuk mereka yang bekerja di sektor awam dan swasta yang berusaha sedaya upaya untuk memerangi wabak tersebut.

Selangor yang mempunyai jumlah kes paling tinggi di antara semua negeri, dengan 1,345 setakat semalam, sedang melakukan ujian saringan berskala besar untuk Covid-19 bagi meratakan lengkungan carta jangkitan di negeri ini.

Ujian peringkat komuniti yang sedang dilakukan adalah kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta dengan sokongan sukarelawan serta dikoordinasikan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Selcare Management Sdn Bhd.

Ujian saringan dilakukan oleh 48 pegawai perubatan dan mensasarkan kumpulan berisiko tinggi, seperti warga emas, melalui bantuan analisis data besar.

Antara 400 hingga 500 ujian dilakukan setiap hari untuk mengenal pasti lebih banyak kes jangkitan, kata Menteri Besar Amirudin Shari. – 21 April, 2020.

 



 

Iklan
Iklan