Iklan

Menyusuri sepanjang delta Sungai Kelantan 

Hasnoor Hussain7 years ago22nd Nov 2017Foto
Delta kelantan river 20171007 tmihasnoor 033  full
Pelajar meninggalkan rumah mereka untuk ke sekolah mereka di Pulau Suri, Tumpat, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017.
Iklan

LANGIT masih lagi gelap ketika pohon kelapa mula melambai dihembus angin Laut China Selatan. Amalin Anis perlahan memulakan langkah menyusur denai antara kebun kelapa di Pulau Suri ke tebing Sungai kelantan.

Dia kemudiannya menyertai kawan sekolahnya, sekitar 15 orang pelajar SMK Kedai Buloh di jeti. Selepas 10 minit menunggu, deruman enjin bot mula memecah keheningan pagi. 

Dua buah bot berhenti di jeti di mana pelajar menaikinya dan meninggalkan Kampung Pulau Pisang untuk ke Kota Bharu, Kelantan di mana terletaknya sekolah mereka. Ia mengambil masa 30 minit menyusuri Sungai Kelantan untuk tiba ke destinasi mereka. 

Itu hanya rutin harian biasa mereka yang tinggal di 33 buah kampung di sepanjang Sungai Kelantan dan Laut China Selatan. 

33 pulau -  Teluk Renjuna, Pulau Beluru, Pulau Suri, Pulau Gorek, Pulau Besar, Pulau Seratus, Pulau Gagak, Pulau Tongkang, Pulau Hj Nik Mat, Pulau Pak Ali, Pulau Cendur, Pantai Kuda dan beberapa pulau tidak berpenghuni - membentuk delta Sungai Kelantan. 

Kira-kira 3,000 penduduk tinggal di pulau ini, kebanyakannya nelayan yang mewarisi bot daripada bapa mereka. Bagaimanapun, hasil tangkapan mereka semakin merosot. Kelapa menjadi sumber pendapatan kedua mereka. – 22 November, 2017.

Iklan
Iklan