Iklan

Sambutan Hari Kaamatan di tengah wabak

Irwan Majid4 years ago2nd Jun 2020Foto
Kaamatan quite003
Patung berpakaian tradisional Kadazan yang dipamerkan di Persatuan Budaya Kadazan Dusun di Penampang, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Jun, 2020.
Iklan

TIDAK seperti sambutan penuh meriah Hari Kaamatan pada tahun-tahun sebelum ini, Kadazandusun Murut kali ini memilih meraikan hari penting itu dengan menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Ia saban tahun disambut di seluruh negeri pada Mei dan berakhir pada 30 dan 31 Mei di premis Persatuan Budaya Kadazan Dusun (KDCA).

Biasanya, ratusan gerai yang menjual makanan dan minuman dan pelbagai barangan akan bermula di KDCA seawal 1 Mei.

Orang ramai menikmati makanan, minuman keras, muzik, karaoke, atau segalanya, sementara yang lain menantikan program Kaamatan utama seperti pertandingan Sugandoi (nyanyian) dan Unduk Ngadau.

Namun, semua program Kaamatan kali ini dibatalkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung penyebaran Covid-19 di negeri ini. – 2 Jun 2020.

Iklan
Iklan