Iklan

Malaysia dibuka semula di bawah PKPP

Sabah rmco end009
Seorang lelaki berjoging di taman Tanjung Lipat di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Jun, 2020.
Iklan

NEGARA kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos, yang menyaksikan banyak sekatan dilonggarkan.

Di bawah PKPP perjalanan rentas negeri dibenarkan, serta pembukaan semula lebih banyak perniagaan secara beransur-ansur, termasuk gimnasium, salon rambut dan pasar malam serta kemudahan awam seperti ruang solat di pusat membeli-belah dan perkhidmatan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Polis akan terus memantau kepatuhan terhadap langkah kesihatan dan keselamatan yang dilaksanakan untuk mencegah kemunculan semula Covid-19, seperti penjarakan sosial dan had jumlah orang ramai yang dibenarkan berkumpul. – 11 Jun, 2020.

Iklan
Iklan