Iklan

Dunia berwarna-warni bak planet Pandora di Pulau Pinang

David ST Loh7 years ago9th Dec 2017Foto
Avatargarden pg loh-7759  full
Untaian lampu LED bertali berwarna-warni yang digantung dari pohon yang rimbun membangkitkan suasana seperti planet Pandora, sehingga ia secara tidak rasmi digelar sebagai Taman Rahsia Avatar Pulau Pinang yang terletak di Tanjung Tokong. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 9 Disember, 2017.
Iklan

DILIMPAHI cahaya lampu LED berwarna-warni yang digantung dari pohon-pohon rimbun, memberikan suasana mengkagumkan kepada pelancong di sebuah taman di Pulau Pinang.

Secara tidak rasmi digelar Taman Rahsia Avatar Pulau Pinang, bas yang dipenuhi para pelancong tiba setiap malam untuk mendaki bukit kecil di belakang Tokong Pak Koong Thai di Tanjung Tokong, Pulau Pinang, untuk melihat pemandangan yang berwarna-warni dan indah ini.

Pengunjung ke taman itu segera mengaitkan lampu-lampu LED dengan dunia biopendarkilau di luar realiti planet Pandora, seperti digambarkan dalam filem “Avatar” karya James Blake.

Taman ini terletak bersebelahan kuil berusia 218 tahun itu dan sebuah restoran makanan laut. Masuk ke taman adalah percuma.

Projek mencantikkan dan menghiaskan taman itu dengan lampu LED itu dilakukan dan ditaja oleh MBI Group, lapor The Star awal tahun ini.

Menurut Pengerusi kuil Lio Chee Yeong sebagaimana dilaporkan akhbar itu, kerja-kerja itu bermula pada Ogos 2016 dan disiapkan semasa sambutan Tahun Baru Cina. – 9 Disember, 2017.

Iklan
Iklan