Iklan

PKP sekali lagi

Mco kl 130121 tmiseth 06
Seorang anggota tentera di sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 Januari, 2021.
Iklan

MALAYSIA sekali lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri yang terjejas teruk akibat Covid-19, selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran sistem kesihatan awam negara kini di tahap kritikal dalam menghadapi lonjakan kes.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pelaksanaan PKP 2.0 dalam perutusan khas pada Isnin lalu berkata kemudahan KKM tidak lagi mampu menampung lebih 2,000 kes Covid-19 setiap hari.

Kerajaan memutuskan pelaksanaan PKP selama dua minggu bermula semalam sehingga 26 Januari selepas mendengar keluhan dan cadangan pelbagai pihak, katanya.

PKP dikuatkuasakan di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah. 

PKP Bersyarat pula dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Perlis dan Sarawak diletakkan di bawah PKP Pemulihan. – 14 Januari, 2021.  

Iklan
Iklan