Iklan

Perjalanan menyusuri 'Jantung Kemboja'

Hasnoor Hussain7 years ago4th Jan 2018Foto
Kemboja1
Seorang nelayan nomad menggunakan lampu suluh ketika keluar bekerja. Nelayan di sana bergantung kepada panel solar dan bateri bagi bekalan elektrik, sebahagian besarnya untuk rumah bot dan mengecas lampu kepala mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.
Iklan

BANJIR sentiasa dikaitkan dengan kerugian tetapi di tasik Tonle Sap, Kemboja, ia adalah satu rahmat. Banjir memberikan hasil yang lumayan kepada nelayan yang berpindah-randah.

Kitaran banjir tahunan menjadikan tasik itu salah satu daripada ekosistem air tawar yang paling produktif di dunia. Setiap tahun tasik itu menghasilkan kira kira 300,000 tan ikan.

Ketika musim tengkujuh, air tasik itu naik sehingga lima kali ganda berbanding ketika musim kering, menghasilkan kawasan memancing yang segar. Apabila air surut, tanah itu dipenuhi dengan lumpur dan tumbuh tumbuhan paya.

Lebih daripada satu juta orang, termasuk nelayan yang berpindah randah, bergantung kepada sumber semulajadi tasik itu yang dikenali sebagai ‘Jantung Kemboja’. – 4 Januari, 2018.

Iklan
Iklan