Iklan

MAEPS tawar lebih banyak katil ketika kes Covid-19 terus melonjak

Najjua Zulkefli3 years ago22nd May 2021Foto
Covid-19 corona virus pandemic maeps pkrc 10
MAEPS diubah menjadi pusat kuarantin dan rawatan terpadu untuk pesakit Covid-19 kerana keperluan katil yang bertambah seiring dengan jumlah jangkitan baharu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 22 Mei, 2021.
Iklan

TAMAN Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang menjadi pusat kuarantin dan rawatan bersepadu untuk Covid-19 ketika keperluan terhadap lebih banyak katil bertambah seiring dengan jumlah jangkitan baharu.

Semalam, Malaysia mencatat 6,806 kes baharu Covid-19 dalam sehari, jumlah harian tertinggi sejak bermulanya wabak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor terus menyumbang paling banyak kes sebanyak 2,277, diikuti oleh Kuala Lumpur (655) dan Johor (615). 

Sarawak melaporkan 608 kes, Kelantan (426), Kedah (417), Pulau Pinang (362), Negeri Sembilan (291), Perak (248), Sabah (245), Terengganu (233), Melaka (212), Pahang (157) , Putrajaya (35), Labuan (17) dan Perlis (8). – 22 Mei, 2021.

Iklan
Iklan