Iklan

Malaysia lengang

13
Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur yang dahulunya terkenal dengan kesibukan, kini bertukar lengang pada hari pertama sekatan pergerakan penuh. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Jun, 2021.
Iklan

BERMULA semalam Malaysia mengenakan sekatan pergerakan penuh terhadap rakyatnya ketika semua negara Asia Tenggara bergelut dengan peningkatan kes akibat varian baharu Covid-19.

Setelah pulih dari gelombang pertama pada Mac tahun lalu, Malaysia kini antara negara paling teruk terkesan dengan pandemik ini. Dari hampir 2,800 jumlah kematian akibat virus ini yang dicatat sejak awal krisis, lebih 40% daripada jumlah itu berlaku hanya pada bulan Mei sahaja.

Minggu lalu, negara dengan populasi 32 juta ini terus menerus mencatat rekod jangkitan harian tertinggi dengan jumlah beban kes sebanyak 570,000. – 2 Jun, 2021.

Iklan
Iklan