Iklan

Kumpulan industri bantah PKPD serkap jarang

Afif Abd HalimHasnoor Hussain3 years ago4th Jul 2021Foto
Emco july 01, 2021 afif 06
Anggota tentera memasang penghalang di laluan keluar masuk dan kecemasan menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat di Kuala Lumpur pada 3 Julai 2021. Walaupun sekatan pergerakan makin ketat, kadar kebolehjangkitan wabak Covid-19 terus meninggi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Julai, 2021.
Iklan

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang dikuatkuasa di kawasan bandar dan perindustrian di Selangor dan sebahagian Kuala Lumpur adalah pendekatan serkap jarang yang akan memberi kesan buruk tidak tertanggung perniagaan, kata kumpulan industri.

PKPD yang bermula semalam dan dijadualkan tamat pada 16 Julai boleh menyebabkan lebih banyak perniagaan yang dikategorikan sebagai tidak penting gulung tikar, kata Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia.

Sektor pengilangan masih dibenarkan beroperasi di bawah PKP. Bagaimanapun di bawah PKPD, hanya sektor penting dibenar buka.

PKPD dikuatkuasa serentak dengan sekatan pergerakan penuh yang sudah bermula sejak sebulan lalu di seluruh negara, tetapi gagal memberi kesan nyata berdasarkan jumlah kes harian Covid-19 yang masih tinggi. – 4 Julai, 2021.

Iklan
Iklan