Iklan

Bukit Bintang hilang sinar

Seth Akmal3 years ago14th Aug 2021Foto
Bukit bintang 100821 tmiseth 01
Monorel melintasi jalan kosong di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 Ogos, 2021.
Iklan

BUKIT BINTANG, pusat bandar yang pernah sibuk di ibu negara kini semakin sunyi.

Dahulu ia menjadi antara pusat pelancongan terkemuka bagi pelancong berbelanja dan berhibur, tetapi tidak lagi sejak sempadan negara ditutup lebih setahun lalu ketika bermulanya wabak.

Banyak hotel kerugian besar sementara kelab malam dan bar ditutup. Penjaja tidak lagi berniaga kerana orang awam tidak dibenarkan keluar dari rumah.

Restoran dibuka tetapi hanya untuk perkhidmatan bungkus dan penghantaran.

Banyak kedai kosong mempunyai papan tanda untuk disewa.

Namun jantung Kuala Lumpur terus berdegup, walaupun lemah, sementara menunggu ia kembali sibuk sekali lagi. – 14 Ogos, 2021. 
 

Iklan
Iklan