Iklan

Persembahan buat seluruh dunia

Seth Akmal3 years ago28th Sep 2021Foto
01
Seorang gitaris yang memakai pelitup muka membayangi cahaya semasa latihan untuk rancangan penstriman langsung di Petaling Jaya, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 September 2021.
Iklan

HAMPIR dua tahun peminat menahan rindu untuk menikmati persembahan langsung berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Bagaimanapun beberapa penganjur industri kreatif dan juga penghibur serta seniman telah beralih cara dengan membuat persembahan langsung secara penstriman bagi melampiaskan rindu peminat.

Mengiringi nyanyian mahu pun menari atau bertemu dan bersapa dengan pemuzik sudah menjadi sesuatu yang janggal, namun disebalik itu norma Covid-19 ini telah membuka landskap baharu dengan penstriman dalam talian menjangkau lebih jauh ke seluruh pelusuk dunia, menarik peminat baharu.

Bermula September, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan pertunjukan dihadiri penonton yang sudah divaksin selain perlu mematuhi penjarakan fizikal.

Banyak pihak berharap industri kreatif kembali pesat namun dengan virus yang nampaknya akan kekal, kita terpaksa hidup bersamanya malah dalam masa sama perlu menghargai peranan hiburan ketika pandemik ini. – 28 September, 2021.
 

Iklan
Iklan