Iklan

Selamatkan Betta livida daripada pupus

Hasnoor Hussain3 years ago19th Oct 2021Foto
Betta lavida 20210920 tmihasnoor 002
Takungan air terbentuk di hutan gambut pada musim hujan. Ikan dapat membiak di tanah gambut, yang mengandungi kira-kira 10% bahan organik dan 90% air. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 19 Oktober, 2021.
Iklan

BERDEKAD yang lalu di Bukit Chandik dan Busut Baru di Hutan Simpan Kuala Langat Utara Selangor, takungan air akan terbentuk berhampiran kawasan perkampungan Orang Asli Temuan semasa musim tengkujuh. Kolam akan surut tetapi tidak kering pada musim panas.

Semua penduduk tahu adanya spesies ikan laga yang dikenali sebagai “picat”. Ia berwarna merah dan hijau serta biasa diperoleh ketika itu.

Bagaimanapun, kini ikan diketahui mempunyai nama lain, Betta lavida. Tetapi air dari hujan monsun sekarang hanya bertahan dalam jangka waktu yang singkat sebelum tanah hutan gambut mengering. 

Ini disebabkan pembinaan longkang di sekitar hutan. 

Manakala, daerah sekitar hutan simpan sudah dibangunkan, mengganggu sistem hidrologi semula jadi hutan dan memusnahkan habitat ikan.

Di Sungai Panjang di utara Selangor, seluas 971 hektar hutan gambut dibuka untuk pertanian. 

Apabila ia siap, bermakna 90% daripada 2.5 juta hektar tanah gambut di Malaysia sudah ditarah atau mengalami kerosakan.

Betta livida, juga dikenali sebagai betta merah Selangor dan merupakan spesies endemik di negeri itu dan di hutan gambut Perak selatan. 

Ikan ini termasuk dalam senarai merah International Union for Conservation of Nature untuk spesies yang terancam. – 19 Oktober, 2021.

Iklan
Iklan