Iklan

This Is Oi! Himpunan skinhead Malaysia di Kuala Lumpur

Najjua Zulkefli7 years ago28th Jan 2018Foto
Culture skinhead gathering 02
Sekumpulan anggota skinhead menuju ke himpunan di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli 28 Januari, 2018.
Iklan

BERKEPALA botak dan mengenakan but kulit, ratusan skinhead Malaysia berhimpun di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur sepanjang hujung minggu untuk mengikuti persembahan muzik secara langsung. 

Diadakan di Stadium Chin Woo, konsert yang mengetengahkan 18 kumpulan pemuzik dari Malaysia dan Singapura pada festival yang diberi nama “This Is Oi! Kuala Lumpur Skinhead Gathering Party”. 

Pergerakan skinhead muncul buat pertama kalinya dalam kalangan remaja golongan pertengahan pada 1960an sebagai salah satu cara mereka meluahkan antipembangunan, sentimen antihipi, namun mengelakkan politik dan perkauman. 

Berbanding golongan ini dari barat, komuniti kecil skinhead Malaysia secara relatifnya lebih baik, tetapi masih dipantau oleh pihak berkuasa agama. – 28 Januari, 2018. 

Iklan
Iklan