Iklan

Dilema nelayan di Pantai Puteri

Seth Akmal3 years ago15th Nov 2021Foto
Geragau shrimps 141121 tmiseth 01
Seorang nelayan menggunakan pukatnya untuk menangkap udang di Pantai Puteri di Tanjung Kling, Melaka. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Oktober, 2021.
Iklan

AKTIVITI penambakan laut menjejaskan mata pencarian 300 nelayan yang mencari udang kecil “geragau” untuk menyara kehidupan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di Melaka.

Penduduk tempatan yang menjual belacan dan cencaluk buatan sendiri berhampiran pantai juga mengadu masalah hakisan yang dihadapi di kawasan berkenaan.

Nelayan di kawasan itu berkata, kerja penambakan berhampiran Klebang, kira-kira 10km dari Pantai Puteri menyebabkan arus ombak kuat dan hakisan pantai sejak 10 tahun lalu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyediakan blok tambak batu sebagai pemecah ombak tetapi bagi penduduk setempat ia memburukkan lagi keadaan apabila batu merosakkan pukat mereka dan mencerakan beberapa nelayan.

Nelayan mahu pihak berkuasa membina pantai sekurang-kurangnya 100 meter dari Pantai Puteri bagi menstabilkan ombak dan mewujudkan habitat selamat untuk udang. – 15 November, 2021.

Iklan
Iklan