Iklan

Suku Jahai terus cari budak hilang selepas pihak berkuasa tangguh operasi

Najjua Zulkefli3 years ago30th Jan 2022Foto
Orang asli missing temenggor gerik 08
Wanita dan kanak-kanak Suku Jahai menunggu giliran pemeriksaan kesihatan di Perkampungan Orang Asli Selaor di Gerik, Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 30 Januari, 2022.
Iklan

KEHIDUPAN suku Jahai di Perak sekali lagi terganggu apabila salah seorang daripada mereka hilang dua minggu lepas, menghalang mereka daripada masuk ke hutan mencari rotan.

Asok, 47, Tok Batin Kampung Selaor di Hutan Simpan Temenggor berkata penduduk kampung baharu sahaja kembali menyambung kerja mencari rezeki, tetapi kini terpaksa memberi tumpuan kepada usaha mencari dan menyelamat seorang budah perempuan yang dilaporkan hilang dua minggu lepas.

Perkampungan itu hanya boleh dimasuki kenderaan pacuan empat roda dan jalan raya terdekat terletak 15km daripadanya.

Kamiliah Anab atau Ayeng yang berusia sembilan tahun hilang pada 13 Januari lepas selepas menyertai ahli keluarganya mencari rotan di hutan berhampiran. – 30 Januari, 2022.

 



 

Iklan
Iklan