Iklan

Tarian singa kembali meriahkan Tahun Baharu Cina

Seth Akmal3 years ago1st Feb 2022Foto
Lion dance training 070222 tmiseth 09
Ahli kumpulan Tarian Singa Naga E-Xin berehat semasa latihan, di Segambut, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Februari, 2022.
Iklan

DUA tahun tidak beraksi disebabkan pandemik Covid-19 tidak menghalang Kumpulan Tarian Singa E-Xin daripada membuat persembahan - walaupun hanya untuk diri mereka sendiri dalam latihan.

Selama hampir 10 tahun kumpulan itu mempraktis latihan mereka di Segambut, Kuala Lumpur.

Selama beberapa bulan penutupan akibat Covid-19, penari terus berlatih tiga kali seminggu untuk mengekalkan kemahiran mereka.

Kumpulan itu mempunyai sehingga 40 ahli tetapi bilangannya berkurangan sehingga kurang daripada 20 orang.

Baru-baru ini kerajaan membenarkan tarian singa kembali dipersembahkan pada sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini. – 1 Februari, 2022.

Iklan
Iklan