Iklan

Upacara Puja Pantai suku Mah Meri di Pulau Carey

Seth Akmal3 years ago6th Feb 2022Foto
Mah meri puja pantai essay 050222 tmiseth 01
Seorang suku kaum Mah Meri yang memakai topeng buatan tradisional menari dalam upacara 'Puja Pantai', di Pulau Carey, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Februari, 2022.
Iklan

SELEPAS dua tahun perintah kawalan pergerakan, suku asli Mah Meri kini dibenarkan melakukan upacara yang dikenali sebagai “Puja Pantai” di Pulau Carey, Selangor.

Lebih 50 orang berkumpul di kampung Judah dan berjalan hampir 3km ke arah laut untuk memberi penghormatan kepada semangat laut yang dikenali sebagai “Moyang Getah”.

Penduduk tempatan memakai pakaian tradisional yang diperbuat daripada bunga “Mayang” mempersembahkan tarian jooh mengelilingi pelantar suci yang dikenali sebagai “sanggar”. 

Di akhir uapacara, orang ramai berkongsi makanan dan minuman yang dibawa bersama.

Penduduk tempatan yang mengambil bahagian dalam upacara percaya tradisi itu harus dipelihara sebagai sebahagian daripada budaya asli Malaysia. – 6 Februari, 2022.

Iklan
Iklan