Iklan

Gaya hidup Orang Asli Seletar diancam pembangunan

Seth Akmal3 years ago19th Mar 2022Foto
Seletar story 160322 tmiseth 09  full
Seorang lelaki mendayung sampan di kawasan tambak di Kampung Sungai Temon, Johor.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mac, 2022.
Iklan

ORANG Asli Seletar menggunakan perahu dan berdayung merentasi selat Johor untuk mencari hasil laut yang menjadi sumber pendapatan mereka. 

Namun mereka berdepan kesukaran selepas pembangunan termasuk aktiviti penambakan laut mengancam sumber rezeki mereka. 

“Sebelum penambakan, mudah untuk menangkap makanan laut tetapi kini ada masanya kami pulang ke rumah dengan hanya sedikit hasil,” kata Lety, 61.

Hari ini orang Seletar bergantung kepada penternakan kupang sebagai sumber pendapatan namun sejak pandemik Covid-19, permintaan terhadap kupang telah berkurangan, memaksa penduduk kampung melakukan pekerjaan sampingan untuk terus hidup.

Mereka juga diminta berpindah dari kampung mereka bagi memberi laluan kepada pembangunan.

Mereka berharap kerajaan akan bersimpati terhadap mereka dan mewujudkan dasar untuk membolehkan mereka meneruskan cara hidup mereka. – 19 Mac, 2022.

Iklan
Iklan