Iklan

Takbir raya di Balakong

Seth Akmal2 years ago2nd May 2022Foto
01
Kanak-kanak berarak sambil memegang pelita dan bertakbir pada malam Aidilfitri di Balakong, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2022.
Iklan

SEBAIK Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan sambutan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Isnin (hari ini), penduduk Flat Taman Setia di Balakong, Selangor terus mengadakan perarakan bagi menyambut pemergian Ramadan dan kedatangan Syawal.

Ratusan kanak-kanak termasuk dewasa bersama-sama melaungkan takbir sambil berarak dari masjid berhampiran menuju kawasan perumahan di situ.

Selepas dua tahun beraya dalam sekatan pergerakan, rakyat Malaysia kini bersyukur kerana tahun ini dapat kembali beraya bersama sanak saudara, dengan prosedur operasi standard yang dikendurkan bermula 1 Mei lepas. – 2 Mei 2022.
 

Iklan
Iklan