Iklan

Mereka, nelayan termiskin di Kuala Selangor

Seth Akmal7 years ago18th Feb 2018Foto
Fisherman cockle kuala selangor 130218 tmiseth 09
Pondok daif ini dipanggil rumah bagi nelayan miskin seperti Mohd Faizal Abdullah dan menjadi tempat berteduh mereka sekeluarga. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018.
Iklan

NELAYAN, Mohd Faizal Abdullah ditangkap polis dan merampas punca rezekinya – menangkap kerang di sepanjang pantai barat di negeri terkaya di Malayisa, iaitu Selangor.

Menahan tangis, Faizal bercerita tentang bagaimana dia, isteri dan anak mereka berusia enam tahun diserbu polis ketika sedang mencari kerang di pantai Sungai Sembilang.

Faizal mendakwa dia tidak menceroboh tanah yang dikhaskan untuk penternakan kerang swasta itu. Polis kemudian membebaskannya dan keluarga pada hari sama tetapi merampas 20kg kerang, hasil titik peluh mereka sekeluarga untuk hari berkenaan.

Nelayan miskin seperti Faizal mendakwa sikap pilih kasih menyebabkan orang sepertinya tidak dapat mencari rezeki halal dari lautan di Kuala Selangor.

Dakwanya, mereka yang menerima permit akan menyewakannya kepada pihak ketiga, menyebabkan nelayan miskin dan tidak berlesen mengambil risiko mencari kerang tanpa lesen, demi menampung kehidupan keluarga.

Mengutip benih kerang tanpa lesen adalah satu kesalahan di bawah Akta Perikanan. Tetapi ia tidak dapat menghalang kira-kira 50 nelayan tanpa lesen dari jeti Sungai Sembilang berbuat demikian kerana mereka mendakwa kerang satu-satunya sumber pendapatan mereka.

Mereka nelayan termiskin di Kuala Selangor. – 18 Februari, 2018.

Iklan
Iklan