Iklan

Selepas 35 tahun, pembuat beca tertua Pulau Pinang bakal bersara

Kamal Ariffin2 years ago12th Jun 2022Foto
Choo yew choon rickshaw tmikamal 01
Choo Yew Choon antara pembuat beca terakhir di Pulau Pinang yang bercadang untuk bersara selepas mewarisinya sejak 35 tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Jun, 2022.
Iklan

CHOO Yew Choon, 65, seorang daripada pembuat beca tertua yang masih ada di Pulau Pinang, merancang untuk bersara daripada pekerjaan yang diwarisinya sejak 35 tahun lalu.

Warga emas itu merupakan generasi keempat keluarga mewarisinya, yang wujud selama lebih satu abad.

Choo mula terlibat secara langsung dalam pembuatan dan pembaikan beca di Pulau Pinang pada 1989 selepas bapanya jatuh sakit.

Perniagaan keluarganya berasal dari Lebuh Chulia dan bertapak di sana selama lebih 80 tahun sebelum terpaksa berpindah kerana kenaikan kadar sewa.

Memandangkan usia yang semakin lanjut, Choo kini merancang untuk bersara sepenuhnya daripada kerja membuat dan membaiki beca.

Bagaimanapun, Choo tidak pasti sama ada akan ada lagi kedai membuat beca untuk menggantikannya apabila beliau bersara kelak. – 12 Jun 2022.

 

Iklan
Iklan