Iklan

Go Skateboarding Day: Hari di mana 'skateboarder' berkumpul, beraksi

Seth Akmal2 years ago27th Jun 2022Foto
09
Para skateboarder sedang menunggu giliran untuk beraksi di hadapan orang ramai ketika sambutan Go Skateboarding Day di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2022.
Iklan

GO Skateboarding Day ialah acara tahunan diperkenalkan oleh Persatuan Antarabangsa Syarikat Papan Selaju yang disambut oleh para skateboarder pada 21 Jun.

Tujuan utama, selain sebagai promosi, ia juga bagi menggalakkan penyertaan orang ramai sekali gus menjadikan sukan lasak ini lebih mudah diakses, dan difahami pelbagai lapisan umur serta masyarakat.

Tahun ini istimewa buat skateboarder di seluruh Malaysia selepas kerajaan menarik balik larangan ke atas semua sektor termasuk aktiviti sukan pada 1 Mei.

Acara ini disambut di bandar-bandar yang berbeza di seluruh dunia di mana ia dilihat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan peminat sukan lasak, dan juga orang awam. – 27 Jun, 2022.

Iklan
Iklan