Iklan

Najib ke penjara

Najib razak src federal court 17
Najib Razak dibawa ke penjara dari Istana Keadilan, Putrajaya selepas Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonannya untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Ogos, 2022.
Iklan

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak rayuan Najib Razak dan mengekalkan hukuman dijatuhi Mahkamah Tinggi terhadap bekas perdana menteri itu berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata rayuan itu ditolak dengan sebulat suara dan sabitan serta hukuman dikekalkan.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana hakim mengarahkan semua hukuman penjara berjalan serentak. – 23 Ogos, 2022.

Iklan
Iklan