Iklan

Nasib pesawah padi dihimpit hutang, pendapatan kurang

Hasnoor Hussain7 years ago26th Feb 2018Foto
Kedah paddy 20180213 tmihasnoor 007
Pesawah mengangkat padi masuk ke lori selepas mesin mereka rosak di Kota Sarang Semut, in Kedah. Pendapatan mereka yang semakin menurut menyuarkan pesawah untuk menampung kehidupan dan membayar hutang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.
Iklan

PESAWAH Mohd Roshdi Yahya perlu bekerja keras menampung kehidupan keluarganya ketika hasil tuaian padi semakin menurun sementara kos operasi semakin tinggi.

Roshdi, kini sebahagian daripada kumpulan yang membantu penanam padi yang digelar Padi Rescue.

Dia, salah seorang daripada kira-kira 300,000 pesawah di Kedah, di mana Padi Rescue mendakwa mereka terpaksa berhutang dan pendapatan semakin susut sejak beberapa tahun terakhir ini, akibat kenaikan kos operasi.

Pendapatan yang berkurangan menyukarkan mereka untuk terus bertahan dan membayar hutang itu.

Mereka juga menyalahkan sokongan kerajaan yang kurang dan monopoli beras menyukarkan lagi pesawah mendapat pendapatan tetap walaupun beras adalah makanan ruji untuk rakyat Malaysia.

Roshdi membandingkan keadaan pesawah dengan peneroka Felda yang turut tercekik akibat hutang dan kekurangan hasil tanaman. Nasib mereka sama. – 26 Februari, 2018.

Iklan
Iklan