Iklan

Pasukan Malaysia bersiap untuk Le Tour De Langkawi

Afif Abd Halim2 years ago9th Oct 2022Foto
Ltdl malaysia cycling team preparation oct 5,2022 afif 10
Pelumba Malaysia melalui kesesakan lalu lintas di bandar raya Kuala Lumpur, dengan jurulatih kebangsaan Yusof Nasir memantau mereka dengan teliti. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2022.
Iklan

LE Tour de Langkawi (LTdL) adalah perlumbaan jalan raya UCI ProSeries yang paling dinanti-nantikan dalam kalendar sukan berbasikal Malaysia.

Sepanjang empat minggu lalu, semua mata tertumpu kepada pasukan kebangsaan Malaysia ketika mereka bersedia bagi perlumbaan dalam LTdL 2022.

Selepas dua tahun pandemik, tahun ini secara rasmi menandakan berakhirnya luar musim berbasikal profesional, dengan penunggang basikal meningkatkan kalendar latihan dan perlumbaan mereka.

Selepas 30 hari persiapan, enam pelumba tuan rumah terdiri daripada Sofian Nabil Omar, Nik Azwan Zulkifli, Izzat Halil, Ameer Kamal, Ameen Kamal, dan Kee Zhe Yie akan beraksi habis-habisan untuk perlumbaan jalan raya peringkat 2.HC 8 yang sekian lama ditunggu-tunggu, berganding bahu dengan 20 pasukan profesional lain.

LTdL semakin hampir dan pelumba negara memberi sentuhan terakhir bagi perlumbaan yang akan bermula dari 11 hingga 18 Oktober. – 9 Oktober, 2022.

Iklan
Iklan