Iklan

Pereka kurang upaya mengharap peluang kerja

Seth Akmal2 years ago29th Oct 2022Foto
Faizal rahmat photoessay 251022 tmiseth 03
Faizal Rahmat melukis imej Tun Fatimah di rumahnya di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Oktober 2022.
Iklan

SUDAH dua tahun Mohd Faizal Rahmat, 41, kehilangan kaki kiri akibat penyakit arteri periferi.

“Saya hampir mati selepas kaki saya dipotong kerana tidak menjaga diri sendiri. Pada masa itu saya menjaga ibu saya yang menghidap kanser paru-paru,” katanya yang merupakan graduan arkitek dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Karya seninya “3D Kota Melaka” yang menggambarkan empayar Melaka jatuh di tangan Portugis baru-baru ini dikongsi secara meluas di media sosial memberinya harapan dan dorongan untuk meneruskan kerjanya.

Dia menjual reka bentuk seninya dalam talian tetapi tidak memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk membayar kos sara hidup dan perubatannya yang mencecah sehingga RM3,000 sebulan.

Faizal memerlukan pekerjaan tetap tetapi banyak permohonannya untuk bekerja ditolak kerana kecacatannya.

“Saya harap ada orang yang sudi mengambil bekerja walaupun dalam keadaan saya dan mereka akan membenarkan saya bekerja dari rumah,” kata Faizal. – 29 Oktober 2022.

Iklan
Iklan