Iklan

Gembala gajah daripada suku Che Wong

Seth Akmal7 years ago5th Mar 2018Foto
Kuala gandah elephant 010318 tmiseth 12
Beberapa gembala gajah daripada suku Che Wong memandikan haiwan itu di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Lanchang, Pahang. Sejak seabad lalu, kaum Orang Asli itu diberi latihan untuk menjadi gembala gajah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Mac, 2018.
Iklan

SEJAK 10 tahun lalu, Orang Asli dari suku Che Wong di semenanjung dilatih sebagai gembala gajah dengan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang.

Program ini bukan sahaja mengajar Orang Asli itu bagaimana untuk menjaga gajah tetapi menambah kemahiran mereka.

Ia juga memberi manfaat kepada Perhilitan untuk merekrut golongan yang paling mahir dengan persekitaran dan keadaan di situ serta mewujudkan hubungan kerja dengan kumpulan Orang Asli.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah kini menempatkan 25 ekor gajah yang diselamatkan dari seluruh semenanjung.

Ketika pusat itu menyelamatkan seekor gajah, gembala gajah akan menjaga dan melatih haiwan berkenaan selama tiga tahun. – 5 Mac, 2018.

Iklan
Iklan