Iklan

Apa kata pengundi muda menjelang PRU15

General election ge15 young voters 01
Walaupun kurang pengetahuan tentang politik semasa, namun dengan bimbingan ibu bapa dan rakan, Nuraini Jalan, 19, pelajar jurusan sains komputer di sebuah kolej di Kuala Lumpur akan tunai tanggungjawab untuk mengundi pada 19 November ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 13 November, 2022. 
Iklan

MALAYSIA akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November ini, ketika musim tengkujuh dan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.

Pertambahan bila­ngan pengundi muda selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengemas kini daftar pemilih baharu secara automatik menyebabkan perubahan besar pada landskap politik negara.

Sejak Undi18 dan pelaksanaan daftar automatik dimulakan pada 15 Disember tahun lalu, jumlah pengundi baharu bertambah sebanyak 5.8 juta orang, dengan 1.2 juta orang pengundi berusia 18 hingga 20 tahun manakala 4.6 juta berumur 21 tahun ke atas.

Apa kata pengundi kali pertama menjelang PRU15 minggu depan? – 13 November, 2022.   

Iklan
Iklan