Iklan

Perjalanan akhir Sanusi Junid

Hasnoor Hussain7 years ago9th Mar 2018Foto
Sanusi junid 09032018 tmihasnoor 01-2
Air mawar disiram atas kubur Allahyarham Sanusi Junid di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018.
Iklan

BEKAS pendukung kuat Umno, Sanusi Junid, yang berkhidmat dalam kabinet Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pagi ini pada usia 74 tahun.

Sebagai menteri pertanian dalam Kabinet Dr Mahathir Mohamad pada penghujung 1980-an, Sanusi pernah mencetuskan idea kontroversi menanam padi di atas bumbung.

Tetapi itu bukan satu-satunya idea bijak yang dicadangkan kepada ramai rakyat Malaysia. Beliau juga mencadangkan pertandingan cabut uban dan program mengurut isteri dan menggalakkan orang ramai minum lebih banyak air kelapa.

Tokoh kelahiran Kedah ini, yang pernah jadi naib presiden dan setiausaha agung Umno, mengikut langkah Dr Mahathir untuk meninggalkan parti keramat orang Melayu itu pada Mei 2008 selepas bekas perdana menteri itu hilang percaya kepada penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi.

Apabila Dr Mahathir sekali lagi keluar Umno dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Sanusi juga ikut serta. Beliau dilantik sebagai pengerusi lembaga disiplin Bersatu. 

Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar al-Khattab di Bukit Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 3 petang tadi. – 9 Mac, 2018.

Iklan
Iklan