Iklan

Sekatan Orang Asli di Gua Musang

Najjua Zulkefli7 years ago10th Mar 2018Foto
Kelantan gua musang orang asli blockade forest 01
Sebuah lori mengangkut muatan balak dilihat keluar dari salah sebuah hutan simpan di Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018.
Iklan

MUSTAFA Along pernah ditawarkan RM200,000 untuk berhenti menjadi aktivis Orang Asli dan mengarahkan sukunya untuk menghentikan kepungan ke atas pembalak di hutan simpan Gua Musang.

Tetapi Mustafa tidak tergoda dengan tawaran seumpama itu meskipun dihulur RM1 juta sekalipun kerana baginya hutan Ulu Kelantan adalah kehidupan bagi sukunya, tempat di mana mereka mendapatkan barangan keperluan, ubat-ubatan dan sumber air serta tempat untuk melakukan ritual.

Kepungan yang dibina di laluan yang menghubungkan tiga hutan simpan, yang juga menempatkan kawasan tadahan air penting di Kelantan, telah menimbulkan pertikaian antara Jabatan Perhutanan, pembalak dan syarikat perladangan yang disokong kerajaan Kelantan.

Pembersihan kawasan hutan bagi tujuan penanaman kelapa sawit membuatkan penduduk di situ sukar untuk bercucuk tanam, mencari rezeki dan mendapatkan bekalan air bersih.

Oleh sebab ritual animistik mereka memerlukan pokok nadir dan hidupan liar dari hutan, maka kemusnahan ekosistem tersebut secara tidak langsung telah mencabuli hak kebebasan untuk menganut agama seperti yang dijamin Perlembagaan, kata Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan itu.

Orang Asli dari Suku Temiar akan terus mendirikan blokade bagi menghalang syarikat pembalakan daripada memasuki kawasan hutan simpan sehingga kerajaan mengarahkan semua aktiviti pembalakan dihentikan di kawasan berkenaan. – 10 Mac, 2018.

Iklan
Iklan