Iklan

Jangan biarkan tradisi gasing pangkah lenyap ditelan zaman

Nazir Sufari7 years ago23rd Mar 2018Foto
Gasing pangkah kuala nerus tminazirsufari 012 copy  full
Pok Mokhtar, 67, yang merupakan pembuat gasing melihat gasing yang dihasilkan di rumahnya di Kuala Tepoh, Terengganu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018.
Iklan

KAMPUNG Tepoh di Kuala Nerus, Terengganu merupakan antara kampung yang masih menghasilkan, memainkan malah menganjurkan pertandingan gasing pangkah setiap tahun.

Bulan ini, pertandingan liga antara kampung sekitar Kuala Nerus akan berlangsung di Kampung Tepoh dan persiapannya telah dilakukan sejak awal lagi. Pok Mokhtar, 67 merupakan pembuat gasing pangkah dan dikenali dalam kalangan komuniti itu. Beliau terbabit dalam bidang ini sejak 25 tahun lalu. 

Setiap gasing bernilai antara RM200 hingga RM300. Setiap gasing yang dihasilkan mengambil masa sehingga tiga hari untuk disiapkan. Pok Mokhtar selalunya disebut sebagai pembuat gasing terbaik - bermula dari pembuatan gasing dan ketika pertandingan termasuk penglibatan pawang. 

Setiap kampung memiliki pawangnya sendiri ketiak pertandingan. Apabila Pok Mokhtar semakin berusia, beliau masih belum menemui pelapisnya - walaupun dalam kalangan ahli keluarganya. Nampaknya gasing pangkah semakin dilupakan oleh generasi muda. 

Apa yang menjadi berita baik adalah pertandingan ini disokong oleh pihak berkuasa pelancongan di Terengganu dan hadiah pertandingan itu mencecah RM5,000. Ia adalah bagi mengekalkan tradisi budaya di kala dunia semakin mencapai kemajuan dan mencabar. 

Kata Pok Mokhtar “Kita ada tradisi dan budaya. Tetapi kita kehilangan generasi seterusnya untuk mewarisi dan mempertahankan warisan ini”. – 23 Mac, 2018.

Iklan
Iklan