Iklan

Kehidupan sukar penghibur jalanan

Seth Akmal7 years ago27th Mar 2018Foto
Busker 250318 tmiseth 03
Orang ramai menyaksikan persembahan kumpulan muzik di depan pusat membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Mac, 2018.
Iklan

PENGHIBUR jalanan atau “busker” menyara kehidupan mereka dengan menghiburkan orang ramai di pusat membeli-belah atau tepi-tepi jalan.

Bagaimanapun, kenaikan kos sara hidup memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Jika lima tahun lalu, mereka mampu memperoleh sehingga RM200 sehari tetapi kini tidak lagi. Kebiasannya, mereka hanya mampu mendapat kira-kira RM30 hingga RM50 sehari.

Azmyl Yunor, 41, pensyarah seni persembahan di sebuah universiti swasta dan busker berpengalaman berkata: “Orang ramai sanggup membayar selagi mereka mampu. Sekarang mereka ke pusat membeli-belah tetapi tidak berbelanja.”

Mungkin ramai yang tidak menyedari, para busker ini juga perlu melabur dalam peralatan muzik.

“Alat muzik kami diimport dari Jepun dan Amerika Syarikat. Dengan nilai yang ringgit begitu lemah, membeli peralatan dari luar negara menjadi lebih mahal,” kata Moses Sta Maria, 59 tahun.

Selepas sekian wujud dalam masyarakat, busker ini masih bergelut untuk memahamkan masyarakat yang mereka bukanlah pengemis kerana sering dibandingkan dengan golongan itu.

Walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi, masih ramai yang meneruskan perjuangan mereka demi minat yang mendalam. – 27 Mac, 2018.

Iklan
Iklan