Iklan

Perhimpunan 'Rakyat Lawan Anwar'

Najjua Zulkefli4 months ago30th Jun 2024Foto
Anwar ibrahim demonstration putrajaya 01
Salah seorang peserta melaungkan bantahan semasa demonstrasi di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada 29 Jun 2024. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli.
Iklan

PERHIMPUNAN “Rakyat Lawan Anwar” di luar kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya petang semalam berakhir dengan aman.

Kira-kira 200 penunjuk perasaan berkumpul sekitar jam 4 petang meminta Anwar Ibrahim berundur.

Mereka turut melaungkan “Undur Anwar Undur” dengan ada yang mengejek perdana menteri kerana gagal menurunkan harga minyak selepas mengambil alih Putrajaya tahun lalu.

Polis dari balai polis daerah Putrajaya serta dari kontinjen Kuala Lumpur hadir mengawal orang ramai. – 30 Jun, 2024.

Iklan
Iklan