Iklan

Ketuk-ketuk sahur di Kampung Bukit Piatu

Nazir Sufari6 years ago3rd Jun 2018Foto
Ketuk ketuk sahur tmi 013 copy
Mereka berjalan mengelilingi Kampung Bukit Piatu, Melaka sambil bermain alat muzik tradisional dan menyanyi untuk membangunkan penduduk sekitar untuk sahur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Jun, 2018.
Iklan

DI Kampung Bukit Piatu, Melaka, amalan yang menjadi tradisi sekian lama menandakan bermulanya Ramadan.

Setiap hari bermula pukul 3 pagi, dari awal hingga akhir Ramadan, sekumpulan penduduk kampung tidak kira tua dan muda akan berkumpul bersama-sama untuk membangunkan penduduk kampung untuk bersahur - dengan alunan muzik dan lagu.

Dilengkapi dengan gendang dan serunai, kumpulan itu memulakan perjalanan sejauh 3km di sekitar kampung sambil memainkan lagu hari raya bagi memastikan semua orang bangun sambil berjalan kaki.

Tradisi ini diamalkan di sini sejak lebih 75 tahun dan menjadi aktiviti ditunggu-tunggu oleh penduduknya setiap tahun. – 3 Mei, 2018.
 

Iklan
Iklan