Iklan

Rosmah di SPRM Putrajaya

Rosmah mansor najib razak 1mdb macc 09  full
Rosmah Mansor melemparkan senyuman kepada media selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 5 Jun, 2018.
Iklan

ROSMAH Mansor hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini untuk memberi keterangan dalam siasatan berkaitan suaminya, bekas perdana menteri Najib Razak.

Mengenakan baju kurung biru dan berselendang warna merah, Rosmah keluar dari kereta Mercedes Benz putih diiringi peguamnya.

Anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantunya, Daniyar Kessibayev yang juga anak lelaki presiden Kazakhstan turut hadir. Mereka berkahwin pada majlis gilang gemilang pada 2015. Najib tidak kelihatan. – 5 Jun, 2018.

Iklan
Iklan