Iklan

Pasar malam Jalan Raja Bot

Hasnoor Hussain6 years ago12th Jun 2018Foto
Raya jrb 01062018 tmihasnoor 04
Gaya kreatif penjual apabila menggunakan trak untuk mempamerkan kasut jualannya di pasar malam Jalan Raja Bot. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Jun, 2018.
Iklan

MEMBELI pakaian adalah sebahagian perkara penting dalam menyediakan kelengkapan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Di penghujung Ramadan, aktiviti beli-belah semakin giat berlangsung.

Bagi mereka yang mencari barangan pada harga lebih berpatutan selain pakaian vintaj dan jarang ditemui, mereka hanya perlu ke pasar malam di Jalan Raja Bot.

Berlatarbelakangkan Menara Perkembar Petronas dan laluan mudah menggunakan KL monorail, jalan yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan Chow Kit, berubah wajah menjadi kawasan pasar lambak pada waktu malam.

Lebih 200 peniaga ada di jalan itu bermula jam 10 malam hingga 4 pagi, menjadikan ia destinasi popular untuk golongan muda. – 12 Jun, 2018.

Iklan
Iklan