Iklan

Pesona tarian Asyik

Najjua Zulkefli6 years ago1st Jul 2018Foto
Tari asyik traditional dance gallery 06  full
Penari lengkap berpakaian tradisi memulakan persembahan tarian Asyik di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018
Iklan

TARIAN Asyik merupakan tarian popular di Patani dan Kelantan. Menurut Hikayat Patani, tarian itu dicipta pada 1644 bagi menghiburkan Ratu Kuning yang berduka selepas kehilangan burung kesayangannya. Tarian itu dinamakan “yang disayangi” yang dirujuk kepada burung yang hilang itu.

Persembahan itu dimulakan dengan 10 penari berpakaian tradisi memasuki dewan dan duduk dengan gemalai. Primadona, yang juga dikebali sebagai Puteri Asyik, kemudian muncul dan tarian bermula dengan gerakan yang lembut dan lemah gemalai. 

Orkestra yang mengiringi setiap persembahan terdiri daripada 11 alat muzik gedombak asyik, gambang yang biasanya dibuat demgan kepingan kayu atau tembaga dan rebab.

Walaupun ia bermula sebagai tarian di istana, dengan perubahan zaman, tarian itu mula menjadi popular dalam kalangan rakyat biasa yang menggunakannya sebagai hiburan pada perayaan atau perkahwinan.– 1 Julai, 2018

Iklan
Iklan