Iklan

George Town selepas sedekad diberi pengiktirafan Unesco

David ST Loh6 years ago10th Jul 2018Foto
Pg georgetown1
Pemandangan George Town, Pulau Pinang dari udara. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 10 Julai, 2018.
Iklan

SEJAK mendapat status Tapak Warisan Dunia Unesco pada 7 Julai 2008, tradisi George Town telah menjadi tumpuan dalam sektor pelancongan Pulau Pinang.

Pengiktirafan itu diberi berdasarkan “nilai universal luar biasa” - pebagai budaya yang terhasil daripada perdagangan dan pertukaran budaya antara Timur dan Barat lebih 500 tahun dahulu.

Jumlah pelancong ke George Town melonjak kepada 6.3 juta berbanding 5.2 juta, setahun sebelum pengiktirafan itu diberi. Tahun lepas, kerajaan negeri menganggarkan kira-kira tujuh juta pelancong tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sahaja.

Sebagai sebuh destinasi pelancongan, bandar warisan itu mendapat pujian di Google Reviews terhadap bangunan-bangunan lamanya yang terpelihara, seni jalanan, makanan dan keharmonian pelbagai kaum. – 10 Julai, 2018.

Iklan
Iklan