Iklan

Semangat sukan La Salle

Hasnoor Hussain6 years ago14th Jul 2018Foto
La salle games 2018 20180713 tmihasnoor 013
Atlit olahraga beraksi ketika pertandingan di SMK La Salle di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.
Iklan

SELEPAS lama tidak diadakan, Kejohanan Sukan La Salle dianjurkan tahun ini, dengan lapan sekolah di bawah rangkaian La Salle mengambil bahagian. La Salle PJ menjadi tuan rumah, dan kejohanan disertai La Salle Klang, La Salle Sentul, St John’s Institution (KL), St Paul’s Institution (Seremban), St Francis Institution (Melaka) serta St John’s International (KL) yang bertanding dalam enam jenis kategori sukan.

Majlis tahunan yang dibiayai sendiri itu tidak dianjurkan hampir 30 tahun disebabkan kekurangan tenaga kerja dan sumber untuk mengadakan kejohanan besar. Di bawah kerajaan baharu dan sumbangan alumni La Salle menerusi Persekutuan Persatuan Alumni La Salle Malaysia dan De La Salle Brothers of Malaysia, pertandingan untuk pelajar bawah 14 tahun itu berjalan meriah. – 14 Julai, 2018.

Iklan
Iklan