Iklan

Nasib tanah adat Orang Asli

Hasnoor Hussain6 years ago3rd Aug 2018Foto
Gua musang r sivarasa 20180801 tmihasnoor 010
Beberapa lelaki Orang Asli sedang menjaga sekatan Kaleeg berhampiran Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.
Iklan

BUAH durian sememangnya manis dan digemari ramai tetapi bagi Orang Asli Gua Musang di Kaleeg, hasil tanaman kawasan tertentu memberi “buah” yang pahit dan menyakitkan.

Selama lima bulan, kira-kira 200 Orang Asli dari enam kampung cuba menghalang pekerja ladang seluas 400 hektar daripada melalui tanah adat mereka.

Orang Asli di situ diancam dan diganggu ketika menjaga sekatan yang menghalang jalan menuju ke ladang itu.

Para aktivis berada di situ bagi mengawal sekatan 24 jam sehari selama tujuh hari seminggu untuk mengelakkan pekerja dan jentera berat masuk ke ladang.

Semakin banyak tanaman, semakin banyak hutan komunal mereka ditebang dan dimusnahkan.

Semasa pemerintahan kerajaan lalu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, mereka ditangkap dan dipenjarakan. Tiada kerajaan persekutuan mahupun negeri mendengar rayuan mereka.

Tetapi dalam pentadbiran “Malaysia baru”, mereka menerima kunjungan daripada timbalan menteri persekutuan yang berjanji untuk membantu mereka berunding dengan kerajaan Kelantan berhubung hak tanah itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Sivarasa Rasiah juga menyokong hak untuk meneruskan sekatan demi melindungi tanah mereka. – 3 Ogos, 2018.

Iklan
Iklan