Iklan

Kapal layar mewah The Equanimity tiba di Pelabuhan Klang

Hasnoor HussainSeth Akmal6 years ago7th Aug 2018Foto
Equanimity 20180807 tmihasnoor 001
Pegawai dari Pejabat Peguam Negara dan pihak berkuasa lain yang berkaitan dilihat di Terminal Boustead Cruise Center di Pelabuhan Klang, Selangor ketika The Equanimity berlabuh. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 7 Ogos, 2018.
Iklan

KAPAL layar mewah The Equityimity akhirnya berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center di Pelabuhan Klang pada pukul 12.40 tengah hari tadi.

Kapal layar itu dibawa oleh polis Indonesia dengan diringi ketat pasukan polis laut tempatan dari Johor dan Pelabuhan Klang.

Pasukan penyiasat khas termasuk daripada pasukan tentera laut dan marin menaiki kapal layar mewah itu tidak lama selepas ia berlabuh untuk menjalankan pemeriksaan.

Ia dikawal ketat oleh anggota polis marin dan tentera laut memandangkan ramai wakil media menunggu di terminal. – 7 Ogos, 2018.

Iklan
Iklan