Iklan

Nelayan darat Malim Nawar

Hasnoor Hussain6 years ago13th Aug 2018Foto
Malim 01  full
Seorang nelayan mendayung sampan di sekitar kawasan tasik di Malim Nawar untuk melihat hasil tangkapannya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Ogos, 2018
Iklan

MALIM Nawar merupakan salah satu lokasi pengeluar timah utama dengan aktiviti perlombongan meninggalkan banyak bekas lombong yang menjadi tasik. Kawasan tasik ini menjadi kawasan pembiakan ikan air tawar sekaligus mengubah perkampungan di daerah Kampar daripada pengeluar timah terbesar kepada pengeluar ikan air tawar terbesar. 

Ratusan nelayan dan keluarga mreka bergantung kepada aktiviti menangkap ikan sebagai sumber pendapatan utama. Ada di antara mereka keluar menangkap ikan ketika ada masa terluang bagi menambah pendapatan dan kebanyakannya merupakan nelayan sepenuh masa. 

Bagaimanapun sejak 8 tahun lalu, kebanyakan tasik ini menjadi milik syarikat swasta atau hak persendirian. Kawasan tasik ini dipagar bagi mengelakkan penduduk kampung menangkap ikan. Tindakan ini menyekat sumber pencarian mereka. – 13 Ogos, 2018

Iklan
Iklan