Iklan

Apa yang berlaku di kilang sembelih halal?

Afif Abd Halim6 years ago16th Aug 2018Foto
Slaughter house 20180812 tmiafif 05
Ayam yang mati atau cedera ketika sampai di kilang akan diketepikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.
Iklan

TERDAPAT 141 kilang sembelihan halal di seluruh negara yang diberikan akreditasi Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)- agensi tunggal diberikan kuasa mengeluarkan sijil halal di Malaysia.

Setiap kilang perlu mematuhi peraturan ketat panduan umum makanan halal dalam aspek pengeluaran, persediaan, pengendalian dan penyimpanan.

HFS Food Solutions Sdn Bhd adalah salah satu kilang yang berupaya memproses sehingga 10,000 ekor burung setiap hari bermula daripada jam 8 malam sehingga 3 pagi. Ia beroperasi pada waktu malam supaya ayam yang disembelih boleh dihantar untuk dijual serta merta.

Dalam proses industri itu, lima pekerja ditugaskan untuk menyembelih ayam mematuhi amalan Syariah. Setiap mereka hanya dibenarkan menyembelih 2,000 ayam setiap hari.

Ayam itu akan dicarik, dibersihkan dan dipotong mengikut pesanan. Ayam segar itu kemudiannya dibungkus dan dijual epada pasar raya, pasar basah dan restoran. – 16 Ogos, 2018.

Iklan
Iklan