Iklan

Air mata di tanah adat 

Afif Abd Halim6 years ago28th Aug 2018Foto
Blockade orang asli gua musang 20180827 tmiafif 09  full
Pegawai Jabatan Perhutanan Kelantan merobohkan sekatan Kaleg di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018
Iklan

KETIKA negara berada di ambang sambutan Merdeka, masyarakat Orang Asli di Gua Musang masih merasakan mereka berbeza walaupun mereka merupakan penduduk asal tanah yang diberi nama Malaysia. 

Ini kerana tuntutan mereka untuk tanah adat yang mereka gunakan sejak bergenerasi dahulu masih belum diiktiraf oleh kerajaan Kelantan. 

Semalam, mereka berdepan satu lagi situasi tegang dalam mempertahankan hak mereka apabila sekatan yang dibina untuk menghalang tanah adat mereka daripada diceroboh dimusnahkan oleh agensi kerajaan negeri Kelantan. 

Selepas didirikan selama hapir lapan bulan, sekatan yang mereka bina dan kekalkan itu dirobohkan sedang mereka hanya mampu memerhati dengan linangan air mata.

Kini, tiada apa lagi yang boleh menghalang syarikat perladangan dan pembalakan daripada memasuki dan terus memusnahkan kawasan hutan yang menjadi tempat mereka bergantung. 

Sebagaimana yang dinyatakan oleh aktivis Mustafa Along - semua orang merasakan mereka bebas atau “merdeka”, tetapi tidak bagi Orang Asli. Kami dinafikan hak sebagai rakyat. – 28 Ogos, 2018

Iklan
Iklan